Ibu Mulan Jameela Meninggal Dunia

By -

Penyanyi Mulan Jameela kehilangan ibu kandungnya pada malam Jumaat akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Jelas Mulan, sebelum meninggal ibunya yang berusia 71 tahun itu sempat mengucapkan kata perpisahan. Bagaimanapun, Mulan berkata, ketika itu dia tidak tahu bahawa ibunya benar-benar akan pergi buat selamanya.

“Ketika dia dimasukkan dirumah sakit keadaan sudah agak parah, 40 peratus paru-paru sudah dijangkiti kuman.

“Semasa hari pertama di hospital ibu meminta maaf dan berkata bahawa itu adalah hari terakhirnya,” katanya seperti dipetik Detik.com pada Sabtu.

Jenazah dikebumikan di Malangbong, Jawa Barat pada Sabtu.

sumber  Mstar

Leave a Reply