Berpantang Cara Fasha

By -

d Berpantang Cara Fasha

Lebih kurang dua minggu lalu kami ada memuat naik beberapa foto terbaru Fasha bersama putera sulungnya Rayfal, menerusi artikel berkenaan terdapat segelintir peminat telah cuba mempertikaikan cara aktres tersebut berpantang sehingga ada yang menghamburkan kata-kata tidak elok mengenai rumahtangganya.

Susulan daripada pelbagai spekulasi itu, Fasha akhirnya membidas segala kata-kata peminat menerusi sebuah foto di laman Instagram dengan caption berbunyi,

Ramainya yang risau pasal saya tak pakai stokin ketika berpantang. Btw, this is for u. Saya hanya keluar ke hospital for check up, pakai baju nursing attire by @dnabydynas dan saya pakai stokin. Ya saya sedang berpantang. Kita berpantang ikut cara masing2 k. Thank you dear! Hugs

11 Berpantang Cara Fasha

Menerusi foto berkenaan, Fasha seolah-olah ingin menjelaskan bahawa dirinya masih lagi mengikut amalan berpantang dengan betul dan berharap agar peminat tidak tersalah anggap dengan cara dia berpakaian pada ketika itu.

Meskipun telah menjelaskan dengan baik, akan tetapi masih ada peminat yang tidak berpuas hati sehingga menganggap Fasha terlalu berfikiran moden dalam soal penjagaan diri.

2 Berpantang Cara Fasha

Dalam masa yang sama, terdapat juga peminat yang cuba berfikiran positif dan menyokong kenyataan pelakon tersebut. Bagi mereka, Fasha berhak berpantang dengan caranya sendiri dan menganggap setiap orang mempunyai pendirian yang berbeza.-mynewshub-

3 Berpantang Cara Fasha

Sebenarnya, adalah hak masing-masing untuk memilih cara berpantang yang terbaik..peach yo..

 

lee stanlee
lee stanlee

Saya tak tau nak cakap apa, saya pemalu ... tapi saya cukup alert dengan isu - isu semasa untuk dikongsikan kepada pengunjung ke laman web ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge