Kontroversi : Anak VIP taja Diana Danielle di Sydney?

By -

Diana Danielleditaja Kontroversi : Anak VIP taja Diana Danielle di Sydney?
Zubir seorang wartawan Bharian telah membongkar satu perkara yang bakal menimbulkan kontroversi. Dalam bidang kerjayanya  Zubir adalah seorang wartawan yang begitu pantas untuk mengupas sesuatu isu mahupun gossip.

Menerusi ruangan Desas Desus semalam, Zubir Yunus menyampaikan cerita yang dikhabarkan kehidupan Diana Danielle di Sydney, Australia ketika ini adalah atas tajaan seseorang.

Bukan VIP berpangkat tinggi, tetapi individu bermurah hati tersebut dikatakan, adalah kawan perempuan Diana Danielle sendiri yang juga merupakan anak kepada seseorang yang bergelar VIP.

Anak VIP tersebut juga khabarnya telah membawa pulang Diana Danielle secara rahsia ke Malaysia baru-baru  ini kerana kerajaan Australia tidak menggalakkan warga asing bersalin di negara tersebut.

Anak VIP Taja Kehidupan Dia Kontroversi : Anak VIP taja Diana Danielle di Sydney?
Dalam tulisan yang sama, wartaran juga turut mempertikaikan sama ada benar Diana Danielle menyambung pelajaran di Sydney kerana kemaskini status serta gambar di Instagram mahu pun Twitter tidak selari.

Peminat sendiri boleh melihat yang Diana Danielle lebih kerap menulis tentang tips kecantikan  dan  menjual produk kecantikan dari menulis tentang kehidupan sebenar beliau sebagai pelajar disana.

Penulis berharap Diana Danielle akan menjelaskan isu isu tersebut supaya isu ini tidak akan menjadi hangit di laman media elektronik.

1 Comment to Kontroversi : Anak VIP taja Diana Danielle di Sydney?

Leave a Reply