Tiada Zuriat, Ashraf Muslim Kahwin Dua?

s Tiada Zuriat, Ashraf Muslim Kahwin Dua?

Beberapa hari lalu, seorang pengguna forum CARI telah berkongsikan khabar angin Ashraf Muslim telah ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama, Noor Dayana Lokman. Kononnya ini disebabkan ketiadaan zuriat selepas hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga.

Bila dihubungi Kosmo! untuk mendapatkan pengesahan tentang perkara itu, Ashraf mengakui telah ke mahkamah syariah bagaimanapun enggan menjelaskan sebab dia ke sana. Hanya memberitahu “memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang” saat ditanya jika benar tuduhan rumahtangganya mula bergolak sehingga menyebabkannya kahwin lain.

Ashraf juga sempat berkongsi kehidupan bersama keluarga berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Dia dan isteri ada berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional namun belum dikurniakan rezeki.-gua.com.my-