Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

By -

8923138888 805159fa38 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin
Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi.

8923138680 7f0415ea1a o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin
Majlis serba sederhana itu diadakan di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Sejurus selepas selesai akad nikah, Izzue yang turut menyambut hari jadinya pada hari ini memberitahu dapat memperisterikan Awin pada hari lahirnya merupakan hadiah paling istimewa.

Jelasnya, dia bersyukur hubungan cinta mereka selama enam tahun akhirnya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat mereka.

8923138496 d6ac1ee986 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923138288 d62757dede o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

“Syukur ini adalah hadiah yang paling istimewa pada hari jadi saya kerana mendapat seorang isteri,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain dua bentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Izzue kepada Awin termasuklah senaskah Al Quran, sirih junjung, beg tangan jenama Fossil, sepasang jubah, set barangan kemas Habib Jewel, jam tangan dan dompet.

Manakala Awin membalas dengan sehelai baju Melayu, jam tangan jenama Marc Jacob, dompet, sebuah komputer riba, cokelat, sejadah, minyak wangi Paco Rabanne, kamera digital dan sirih junjung.

Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan ‘Classic Bridal’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.

Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N’dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan ‘Indoor Garden’.

Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun. -mstar-

8923138098 963a1ec811 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923137552 50388ddc48 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923137712 6782595841 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923137146 657761ffde o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923136968 6cbfac5c30 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922521863 fd9745c0bd o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923136412 dded7617d6 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922521019 d06f0215a3 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922521207 3f2d3005d3 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922520283 0224e6545d o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923136108 87c7e642d4 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923136258 4f30319218 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922519729 3604ba6d2e o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923135590 f365883627 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922520119 ae8fe580ec o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922519275 c3fd1d08b2 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8923135122 22cafac1f0 o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

8922519599 e0cf8b790a o Gambar Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin
sumber foto -rotikaya-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge