Fida Ibrahim Akhirnya Diterima Akademi Fantasia 2013?

By -

 

712013 fidamasukaf a Fida Ibrahim Akhirnya Diterima Akademi Fantasia 2013?

Fida Ibrahim Akhirnya Diterima Akademi Fantasia 2013? | Setelah beberapa kali mencuba untuk menembusi program realiti, Akademi Fantasia akhirnya salah seorang juri, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafi mengesahkan pelakon dan penyanyi, Rafida Ibrahim telah berjaya diserap sebagai peserta yang disenarai pendekkan dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Pun begitu, Cikgu Syafi berkata dia kurang bersetuju apabila Rafidah Ibrahim atau dikenali sebagai Fida Ibrahim diberi peluang untuk menyertai AF 2013 kerana penyanyi lagu versi baru Apa Kono Eh Jang itu sudah pun membina nama di luar tanpa perlu memasuki pertandingan nyanyian seumpama itu.

“Sebenarnya dia mendapat markah yang paling rendah daripada saya dan markah tinggi daripada 2 juri lain oleh kerana itu dia dipilih untuk menjadi peserta yang disenarai pendekkan.

“Saya bukan tidak menyukainya tetapi saya rasa dia boleh dapat peluang yang lebih besar di luar kerana dia sudah pun bergelar artis iaitu penyanyi dan pelakon. Lagipun pada saya vokalnya biasa sahaja.

“Kalau boleh saya mahu peserta yang berbakat dan belum pernah diberi peluang untuk menghadiri ujibakat seterusnya diserap masuk ke AF 2013. Bukan apa, kasihan kepada mereka yang benar-benar mahu mendapat peluang ini,” katanya kepada murai.com.my

Cikgu Syafi ditemui ketika menjadi juri kepada lokasi terakhir ujibakat AF 2013 di Shah Alam Convention Centre, pada Sabtu lalu.

Selain Cikgu Shafi, 2 juri lain yang terlibat di kesemua lokasi ujibakat AF 2013 adalah pelakon dan pengacara, dari Singapura, Najib Ali dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqeem.

Menurut, Cikgu Syafi lagi, dia tidak menggalakkan artis atau pun penyanyi untuk menyertai program realiti seperti Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti.

“Kalau boleh, biarlah semua peserta yang terpilih terdiri daripada mereka yang belum ada pengalaman dalam bidang ini. Selain Fida, sebelum ini Iz Sulaini dan Chaq iaitu abang kepada Stacy juga ada menyertai ujibakat dan sudah tentu mereka berjaya diserap sebagai peserta yang disenarai pendekkan,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, ciri-ciri yang dicarinya dalam AF 2013 kali ini, Cikgu Syafi memberitahu apa yang penting seseorang itu mesti terdiri daripada individu yang rendah diri dan berpijak di bumi yang nyata.

“Selain bakat nyanyian, saya mencari peserta yang muda dan punya personaliti menarik serta yang paling penting seseorang yang rendah diri dan berpijak di bumi yang nyata iaitu tidak bersikap bongkak dalam nyanyian.

“Tanggungjawab sebagai juri ini memang berat tapi saya punya misi tersendiri iaitu mahu menaik taraf bidang nyanyian ini selain memberi ilmu dan kesedaran kepada mereka yang datang ke ujibakat,” luahnya lagi.

Selain Shah Alam sebelum ini, ujibakat AF 2013 telah pun menjelajahi beberapa buah negeri seluruh Malaysia yang lain iaitu di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.-murai-

lee stanlee
lee stanlee

Saya tak tau nak cakap apa, saya pemalu ... tapi saya cukup alert dengan isu - isu semasa untuk dikongsikan kepada pengunjung ke laman web ini.

Leave a Reply