Fiza Elite : Kecewa Tidak Jadi Kahwin

By -

Fiza Elite : Kecewa Tidak Jadi Kahwin | Ya, memang benar jodoh pertemuan ditangan tuhan, itu lah yang perlu di terima oleh pelakon Fiza Halim yang sepatutnya berlansung perkahwinannya pada Jun lalu kini terpaksa dibatalkan pernikahannya diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pasrah itu yang mempu diucapkan oleh pelakon ini apabila persiapan dan persediaan untuk perkahwinannya telah dibuat beberapa bulan lalu hanya berakhir dengan kekecewaan.

Berikut adalah kata kata yang diucapkan oleh artis tersebut :

“Saya akui sangat kecewa kerana banyak persiapan sudah dibuat. Sepatutnya saya menjadi seorang isteri semula pada Ramadan kali ini, tetapi tidak berlaku,” kata ibu tunggal beranak dua ini kepada Utusan Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, Fiza enggan mendedahkan identiti lelaki yang melamar dirinya itu, memandangkan kisah itu tidak lagi perlu untuk dibicarakan.

“Siapa dia, tidak perlulah saya beritahu kerana perkahwinan itu tidak menjadi pun. Bila tidak jadi berkahwin, saya sudah reda.

“Sebagai insan, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan. Mungkin akan datang jodoh baru, saya terima apa saja daripada Yang Maha Esa,” kata bekas anggota kumpulan Elite yang baru tampil dengan imej bertudung ini.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim telah bercerai dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada 4 November 2010.

sumber : UTUSAN ONLINE

Leave a Reply