Kadar Zakat Fitrah 2013 Setiap Negeri di Malaysia

By -

zakat fitrah negeri Kadar Zakat Fitrah 2013 Setiap Negeri di Malaysia
Kadar Zakat Fitrah 2013 Setiap Negeri di Malaysia | Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal, setiap umat islam wajib membayar zakat fitrah seperti yang ditetapkan dalam bulan Ramadhan. Zakat fitrah biasanya perlu dibayar pada sepanjang bulan Ramadan dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Wang zakat juga akan disalurkan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau miskin untuk keperluan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah Jadual Zakat Fitrah 2013 Mengikut Neger di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.

Jadual Zakat Fitrah 2013 Negeri Seluruh Malaysia Kadar Zakat Fitrah 2013 Setiap Negeri di Malaysia

Syarat Individu Wajib Bayar Zakat

  • Islam- Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Merdeka- Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat- Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  • Cukup Nisab- Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 595 gram perak.
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

Panduan Atau Cara Membayar Zakat

  1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  2. Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri
  3. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge