Anak Lelaki Ahmad Dhani Parah Kemalangan

By -

abdul qodir jaelani Anak Lelaki Ahmad Dhani Parah Kemalangan
Anak Lelaki Ahmad Dhani Parah Kemalangan  | Anak ketiga komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani telah terlibat dalam kemalangan ngeri di Tol Jagorawi, Jakarta awal pagi Sabtu lalu.

Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul, 13, ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta.

Dul yang juga anggota kumpulan Lucky Laki dan temannya mengalami patah tulang dibeberapa bahagian badan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dul dan temannya kini telah dipindahkan ke sebuah hospital di Jakarta oleh Ahmad Dhani selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Depok.

Menurut laman Twitter Ahmad Dhani, Abdul Qodir kini sedang menjalani penbedahan bagi merawat kecederaannya itu.

ahmaddhanitwitter Anak Lelaki Ahmad Dhani Parah KemalanganDalam kejadian itu, kereta milik Dul dilaporkan hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.

“Dia didakwa memandu laju sehingga hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki jalan arah bertentangan dan merempuh dua buah lagi kenderaan,” kata saksi kejadian.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Dhani dilaporkan baharu sahaja menghadiahkan kereta tersebut kepada anaknya bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

Persoalan mula timbul apabila Dul masih belum cukup umur untuk memohon lesen memandu dan boleh didakwa akibat kesalahan itu.

Papa Razi
Papa Razi

I'm PapaRazi, a full-time web blogger from Malaysia who is the partime & lead content of AisKosong. I love create Wordpress Blog and write about current global issue. If you love AisKosong and Me ( MG ), you can follow me Twitter at @blogaiskosong.

Leave a Reply