Fizo Omar & Mawar Nikah 10 November 2013

By -

Fizo dan Mawar kahwin Fizo Omar & Mawar Nikah 10 November 2013
Desas desus mengenai perkhawinan Fizo Omar dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim, terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang dekat sini.

“Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November,” ujarnya yang juga pengacara rancangan itu.

Terdahulu Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay @e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media.

Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu.

Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, mereka mengambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu atas permintaan keluarga yang ingin mengikut adat Melayu.

Jelas Fizo, majlis khatam Al-Quran dan berinai juga turut diadakan selepas selesai majlis pertunangan yang hanya akan dihadiri oleh keluarga pihak perempuan.
Fizo dan Mawar akan bertunang sehari sebelum mereka dinikahkan pada 10 November depan.

Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar selepas hampir setahun berkenalan. Penulis berharap semogo perancangan mereka berdua akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

Papa Razi
Papa Razi

I'm PapaRazi, a full-time web blogger from Malaysia who is the partime & lead content of AisKosong. I love create Wordpress Blog and write about current global issue. If you love AisKosong and Me ( MG ), you can follow me Twitter at @blogaiskosong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge