SAFEE SALI DAN SASHA KAHWIN 28 DISEMBER 2013

By -

safee sali kahwin SAFEE SALI DAN SASHA KAHWIN 28 DISEMBER 2013
Safee Sali dan Sasha Kahwin 28 Disember 2013 | Tahniah Safee Sali dan Sasha Bakal Kahwin 28 Disember 2013. Desas-desus pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang dikaitkan dengan seorang wanita warga Indonesia akhirnya benar. Nama Mohd Safee Sali terus menjadi bualan pengunjung media sosial yang akan mengakhiri zaman solonya buat kali kedua bersama wanita pujaannya, Sasha.

Perkara itu terbukti apabila beberapa keping gambar kad kahwinnya turut tersebar di media sosial. Mohd Safee Sali, 29, akan mengadakan majlis resepsinya pada 28 Disember, ini. Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 dan bercerai pada 2012. Dalam perkahwinan itu, beliau telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Di dalam kad kahwin yang telah tersebar, nama bakal isteri Safee Sali ialah Sasha. Memang padan sekali. Safee & Sasha. Muka pun ada iras. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
safee sali kahwin2 SAFEE SALI DAN SASHA KAHWIN 28 DISEMBER 2013
Semoga perkahwinan kali kedua bagi Safee Sali ini akan berkekalan hendaknya sehingga ke akhir hayat. Jutaan tahniah diucapkan buat Safee dan Sasha atas berita gembira ini. Semoga dengan perkahwinan ini, kehidupan Safee akan lebih teratur dan tenang sekaligus meningkatkan mutu permainannya di atas padang.

Leave a Reply