Operasi Saman Cermin Gelap Kereta Mulai 16 Jun 2014

Operasi Saman Cermin Gelap Kereta Mulai 16 Jun 2014  |  Operasi saman kereta cermin gelap mulai 16 Jun 2014 PDRM. Pihak berkuatkuasa akan melaksanakan operasi besar-besaran bagi membanteras pemilik kereta yang tidak mematuhi piawai ketelusan cahaya cermin kenderaan yang ditetapkan oleh JPJ. Selain itu, nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi juga akan turut dikenakan tindakan yang sama.

Ketelusan Cahaya Cermin Kereta Disarankan JPJ

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

piawaian cermin gelap Operasi Saman Cermin Gelap Kereta Mulai 16 Jun 2014

Punca Cermin Gelap Diharamkan Di Malaysia

Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek atau penjenayah.

Kadar Kompaun Jika Guna Cermin Gelap

Bermula pada 16 Jun 2014, mana-mana pemilik kenderaan yang ingkar dan masih menggunakan cermin gelap akan disaman atau didenda sebanyak RM300.

Pengecualian Penggunaan Cermin Gelap

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap. – sumber -

Add a Comment